suria

Dahulu digelar hodoh, kini ratu cantik! Bangga dapat teruskan 'tradisi' model

Helaina Morgan dinobatkan sebagai ratu cantik.

MELIHATKAN rupanya, pasti ramai tidak menyangka Helaina Morgan pernah dibuli dan digelar 'ugly betty' di sekolah.

Ratu cantik yang berjaya merangkul gelaran Miss Great Britain itu merupakan cucu kepada seorang model malah ibunya juga pernah bertanding dalam acara yang sama.

Menceritakan tentang dirinya, anak gadis berusia 28 tahun itu mengakui dia tidak pernah yakin dengan penampilannya masa kecil.

"Saya pernah digelar hodoh dan berasa kecewa kerana dibuli di sekolah.

"Saya dibesarkan pada awal tahun 2000 yang mana faktor kurus adalah tunjang utama kehidupan dan saya tidak pernah memiliki bentuk badan seperti itu.

"Saya seorang gadis yang gempal serta mempunyai perut yang besar. Saya bersyukur apabila zaman ini bentuk badan gempal turut diterima masyarakat," luahnya.

Terdahulu, beliau turut menyatakan rasa bangga kerana berjaya menjadi model generasi ketiga dalam keluarga selepas ibunya Wendy Rubins, 59, yang merupakan bekas pramugari serta model dengan pelbagai gelaran kecantikan termasuk Miss Blackpool dan Miss Lakeland. - Mirror.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

ratu cantik, ugly betty, dihina hodoh,

Artikel Lain