suria

Nenek lumpuh otak kiri selepas pembedahan kosmetik lebih RM95,000

Beata Filipek mengalami lumpuh otak selepas pembedahan kosmetik.

SEORANG pakar kecantikan mengalami lumpuh otak selepas melakukan pembedahan kosmetik di Poland yang bernilai lebih RM95,000.

Ekoran kegagalan itu, keluarganya membuat laporan polis dan siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui kejadian sebenar yang berlaku kepada Beata Filipek, 57 tahun, yang koma selepas pembedahan pergigian.

Keluarganya yang menetap di Leeds, West Yorkshire, mendakwa dia diberi fentanyl semasa prosedur dan mengalami tindak balas kimia yang buruk sehingga menyebabkan kerosakan otak kekal.

Mereka mengatakan Beata, seorang warga Poland yang aktif bersenam setiap hari, namun mula mengalami kerapuhan tulang di rahang bawahnya.

"Justeru itu, dia mahu membuat implan bagi mengekalkan penampilannya.

"Dia menempah prosedur tersebut di bawah anestetik di klinik pergigian swasta di Lublin, timur Poland pada 13 April lalu," ujarnya.

Pada petang hari kejadian, dia menghantar mesej kepada ibu saudaranya bahawa dia telah menandatangani semua persetujuan supaya rawatan dapat dilakukan.

"Ia sepatutnya berlangsung selama 90 minit tetapi dia terpaksa menunggu selama dua jam sehingga dirinya pulih daripada anestetik.

"Bagaimanapun, selepas pukul 7 malam, tiada panggilan telefon diterima," ujarnya yang terus ke klinik kerana bimbang dengan keadaan anak saudaranya itu.

Tambahnya, setiba di klinik dia dikejutkan dengan Beata yang sedang terbaring tidak sedarkan diri di atas katil di samping pemakaian topeng plastik pada muka.

Malah klinik tersebut juga menyatakan akan mengembalikan wang bayaran selepas rawatan implan tidak dapat dilakukan. - Mirror.co

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain