suria

Nelayan tangkap ikan spesies laut dalam sepanjang 5 meter, ramai khuatir kemunculannya beri amaran gempa bumi

Ikan oar sepanjang 5 meter yang ditangkap sekumpulan nelayan di Chile.

SEKUMPULAN nelayan di Chile berjaya menangkap seekor ikan spesies laut dalam misteri sepanjang 16 kaki (5 meter), di luar pesisir pantai negara tersebut.

Bagaimanapun, kemunculan ikan oar tersebut membangkitkan teori di media sosial di mana ramai yang melahirkan kekhuatiran bahawa ia adalah 'petanda buruk'.

Video memaparkan orang ramai berpusu-pusu di jeti untuk melihat spesies ikan berkenaan, menjadi tular di laman sosial.

Menurut legenda rakyat, ikan laut dalam yang jarang ditemui itu digambarkan kononnya memberi petanda kurang baik yang akan berlaku pada masa depan.

Pada ruangan komen, rata-rata netizen mengaitkan kemunculan ikan spesies berkenaan dengan kejadian gempa bumi di Fukushima pada 2011, di mana berpuluh-puluh makhluk itu dikesan di Jepun sebelum bencana itu berlaku.

Ikan oar hidup di laut dalam dan hanya naik ke permukaan apabila sakit, mati atau mengawan, di mana kemunculannya mencetuskan spekulasi yang mengaitkannya dengan perubahan cuaca, walaupun teori tersebut masih belum disahkan. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain