suria

Pramugari panjang tangan! Rembat beg penumpang dan curi wang tunai hampir RM30,000

Polis membuka kertas siasatan terhadap Parygina kerana mencuri.

SEORANG pramugari menerima padah gara-gara dia didakwa mencuri wang tunai berjumlah £5,445 (RM28,625) daripada seorang penumpang yang merupakan ahli perniagaan.

Penumpang tersebut tiba di Moscow menerusi penerbangan Aeroflot dari Antalya dengan membawa beg kecil yang mengandungi hampir £7,600 (RM39,955) wang kertas Amerika.

Bagaimanapun dia tertinggal beg berisi wang tunai itu di dalam pesawat, sebelu mengambilnya dari kaunter 'Lost and Found' di Lapangan Terbang Sheremetyevo, Moscow.

Dia yang merupakan penumpang kelas perniagaan kemudian mendapati bahawa sebahagian wang tunainya hilang iaitu berjumlah £5,445 (RM28,625) telah hilang.

Lelaki itu terus membuat laporan kepada polis agar menggunakan kamera pengawasan di lapangan terbang untuk mengesan kru syarikat penerbangan Rusia yang membawa beg itu dari pesawat ke kaunter 'Lost and Found'.

Pramugari Karina Parygina, 35, dilaporkan mengaku bahawa dalam perjalanan ke kaunter 'Lost and Found', dia sempat singgah ke tandas dan mengeluarkan wang tunai daripada beg kecil penumpang tersebut.

Dia membawa pulang wang tunai dan menyembunyikan wang kertas di dalam almari, lapor Ostorozhno Novosti.

Polis berjaya mendapatkan semula wang tersebut dan membuka kertas siasatan terhadap Parygina kerana mencuri.

Jika sabit kesalahan, Parygina bakal kehilangan pekerjaannya di syarikat penerbangan Rusia itu. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain