suria

Geram diganggu ketika sedang bersiaran langsung, wartawan selamba tampar muka budak lelaki

Maira Hashmi menampar seorang budak lelaki kerana mendakwanya mengejek sebuah keluarga ketika sedang bersiaran langsung.

BERANG kerana diganggu, seorang wartawan wanita di Pakistan menampar seorang budak lelaki ketika sedang membuat laporan siaran langsung.

Dalam video yang tular di media sosial, wartawan tersebut pada mulanya sedang membuat laporan mengenai sambutan Aidiladha di Pakistan sambil dikelilingi oleh orang awam.

Dengan tidak semena-mena, dia melayangkan sebelah tangannya untuk menampar muka seorang budak yang berdiri di berdekatan sisinya, manakala sebelah lagi tangannya memegang mikrofon.

Dilaporkan, budak lelaki tersebut mengeluarkan kata-kata yang menyebabkan wartawan tersebut terganggu.

Video tersebut mencetuskan reaksi pelbagai daripada netizen, dengan sebahagiannya menyokong tindakan wartawan terbabit kerana 'mengajar' budak lelaki yang berkelakuan biadap.

Namun ada juga yang mengkritik tindakannya dan mengatakan ia adalah tidak profesional.

Menjelaskan alasan di sebalik tindakannya itu menerusi hantaran di Twitter, wartawan tersebut, Maira Hashmi mendakwa budak lelaki berkenaan mengejek sebuah keluarga ketika kejadian.

"Nampaknya tidak wajar untuk bersabar dengan tingkah laku seperti ini," tulisnya. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain