SEORANG gadis yang mencipta nama sebagai bintang filem lucah mendedahkan dia menerima banyak lamaran daripada peminat. Leana Lovings yang juga seorang gamer mengakui dihujani lamaran menerusi mesej di media sosial sejak menceburi bidang berkenaan. Ujarnya, para peminat mahu menjadikannya sebagai isteri kerana benci melihat dia bersama dengan lelaki lain. "Saya mendapat banyak direct message (DM) orang yang meminta saya berkahwin dengan mereka, banyak cadangan perkahwinan. "Sebaik sahaja saya menceburi bidang ini, ada peminat berkata mereka pelik melihat saya beraksi tidak sopan dengan lelaki lain. "Saya kesal buat mereka rasa begitu. Niat mereka sangat baik, tapi saya membawa karakter sebagai teman wanita kepada semua orang, saya juga enggan ada hubungan dengan sesiapa," ujarnya lagi. Kata Leana, dia tenang berhadapan pelbagai reaksi peminatnya dan berharap mereka dapat membezakan antara realiti dan fantasi. "Jadi saya hanya cuba mengekalkan kebenaran tentang siapa saya dengan menolak tawaran mereka. “Saya tahu kadangkala sukar untuk membezakan antara fantasi dan realiti, tetapi saya suka mengekalkan fantasi itu sentiasa ada, ia masih sesuatu yang mereka boleh impikan dan rasakan dan saya akan sentiasa muncul di skrin mereka," ujarnya lagi. Leana sebelum ini banyak menghasilkan video sendiri sebelum dia mengikat kontrak dengan sebuah syarikat produksi terkemuka. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI