SEORANG suami tergamak meninggalkan isterinya dan bertindak keluar dari rumah selepas wanita tersebut melahirkan anak kembar kelima mereka. Nalongo Gloria, dari Uganda, melahirkan anak kesembilan dan kesepuluh, yang mana menurut suaminya, Ssalongo, sebagai 'tidak normal'. Bukan sahaja tidak mempersiap kediaman bagi menyambut kelahiran anak kembar baharu di samping menempatkan anak-anaknya yang ramai, malah si suami mengambil keputusan untuk meninggalkan keluarganya. "Apabila saya hamil anak kembar, lelaki itu berkata ini terlalu berat untuknya. "Saya tidak menyesal melahirkan semua anak ini. Saya tahu bapa mereka tidak menyukai mereka, dan saya tidak boleh meninggalkan anak-anak bersama bapa mereka. "Walaupun berdepan cabaran, saya tidak akan sesekali meninggalkan anak-anak saya. Saya tahu Tuhan akan memberi rezeki. "Saya menyerahkan semuanya kepada Tuhan. Saya telah menderita tetapi Tuhan lebih mengetahui," kata Nalongo kepada media tempatan, NTV Mwasuze Mutya. Ibu kepada sepuluh cahaya mata itu berkata, beberapa anak-anaknya yang sudah besar sudah keluar rumah dan dia tidak mengetahui keberadaan mereka. Apa yang membuatkan wanita ini runsing adalah dia terdesak untuk mencari kediaman baharu untuk anak-anaknya selepas tidak lagi mampu membayar tunggakan sewa. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI