suria

Padah rogol nenek 100 tahun sedang tidur, pelajar universiti maut dibelasah penduduk kampung

Penduduk kampung yang berang bertindak membelasah seorang pelajar universiti yang disyaki merogol seorang warga emas.

SEORANG pemuda berusia 22 tahun maut selepas dibelasah oleh penduduk kampung yang berang, selepas mereka mengesyaki lelaki tersebut merogol seorang wanita berusia 100 tahun, menurut laporan.

Pius Mwireri maut selepas mengalami kecederaan serius akibat dipukul penduduk kampung Karundori di Runyenjes, Embu County, Kenya, kata polis.

Suspek yang juga seorang pelajar universiti, dilaporkan menceroboh kediaman wanita warga emas tersebut dan merogolnya ketika mangsa sedang tidur.

Warga emas berkenaan sempat meminta pertolongan dan penduduk kampung segera bergegas ke rumahnya untuk memberikan bantuan.

Mayat Mwireri dihantar ke hospital Kyeni dan pihak berkuasa sedang menunggu laporan bedah siasat.

Sementara itu, wanita warga emas tersebut dilaporkan turut dikejarkan ke hospital yang sama untuk pemeriksaan selepas kejadian itu.

Mangsa kini dilaporkan semakin pulih dan dibenarkan pulang ke rumah. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain