KENDERAAN rover milik NASA kerap merakam objek aneh sepanjang setahun setengah ia berada di planet Marikh. Terbaharu, rover tersebut menghantar imej pelik, memaparkan objek yang berbentuk seperti helaian mi, menyerupai hidangan spaghetti. Pakar NASA berkata objek itu berkemungkinan adalah bahan buatan manusia yang terhasil ketika proses pendaratan rover di planet berkenaan. "Spaghetti angkasa" mungkin sekeping bahan dari payung terjun atau bahagian lain ketika pendaratan, kata NASA. Pada 13 Jun lalu, rover itu turut menghantar gambar batu yang mempunyai objek aneh. Sebelum ini, ahli teori konspirasi mendakwa telah melihat keranda, tulang paha, dan Bigfoot menerusi imej yang dihantar oleh rover berteknologi tinggi NASA. YouTuber Paranormal Crucible merupakan antara saluran video yang kerap menerbitkan kandungan memaparkan pelbagai teori konspirasi mengenai planet tersebut. "Marikh sememangnya mempunyai keupayaan untuk mengekalkan bentuk kehidupan eksotik. "Dengan semua imej yang dikeluarkan setakat ini oleh NASA, kami dapat menyatakan dengan jelas bahawa wujud kehidupan di sana," ujar YouTuber itu.- Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI