SEORANG pesara maut dibaham oleh dua ekor buaya dalam satu serangan mengerikan selepas dia secara ‘tragis’ terjatuh ke dalam kolam berhampiran rumahnya. Wanita itu dikatakan telah digigit binatang buas itu sebelum dia sempat keluar dari air di Kelab Golf dan Desa Boca Royale di Englewood, Florida. Dilaporkan bahawa wanita itu bergelut untuk menyelamatkan diri selepas dia dikesan jatuh ke dalam kolam yang dipenuhi sang buaya pada 15 Julai lalu. Pejabat Syerif Daerah Sarasota mengesahkan mangsa yang identitinya belum dikenal pasti disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida telah menangkap dan mengeluarkan kedua-dua buaya itu dari kolam tersebut. Satu kenyataan dari FWC menyatakan bahawa sejak 10 tahun yang lalu, Florida mempunyai purata lapan kes serangan gigitan yang tidak diprovokasi setiap tahun namun cukup serius untuk memerlukan rawatan perubatan profesional. -Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI