suria

Lelaki umur 40 tahun alami sawan, meninggal dunia ketika seks ganas di hotel... Pasangan wanita cedera parah

Lelaki itu meninggal dunia manakala pasangannya cedera parah. Foto: Firenze Toda.

SEORANG lelaki Britain maut manakala seorang wanita dipercayai pasangannya cedera parah selepas disyaki terlibat dengan aktiviti seks ganas di sebuah hotel mewah di Florence, Itali.

Lelaki Britain berusia 40 tahun yang meninggal dunia itu difahamkan mengalami sawan ketika mengambil bahagian dalam aktiviti seks dengan pasangannya yang berusia 43 tahun.

Sumber polis tempatan memberitahu MailOnline: "Pada masa ini kami sedang menyiasat dua teori iaitu aktiviti erotik yang salah atau berlaku keganasan domestik, tetapi kami syak ia merupakan aktiviti seks."

Dalam kejadian itu, petugas hotel terpaksa memanggil bantuan kecemasan selepas menemui mangsa dalam keadaan mengerikan.

Paramedik bergegas ke Hotel Continentale yang bertaraf empat bintang di tengah Florence dan membawa wanita itu ke Hospital Careggi.

Dia kini dilaporkan berada dalam keadaan serius tetapi stabil.

Pasangan itu dilaporkan bekerja sebagai ejen hartanah dari kawasan Manchester.

Akhbar Itali La Nazione melaporkan "Antara hipotesis yang masih perlu disahkan oleh penyiasat ialah pergaduhan antara dua pelancong yang memuncak dengan keganasan.

"Namun, hipotesis aktiviti seks erotik yang berakhir dengan teruk tidak dikecualikan."

Sewaktu kejadian, tetamu lain di hotel itu turut menghubungi petugas selepas mendengar bunyi jeritan serta hentaman kuat dari bilik pasangan berkenaan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain