suria

Bantu pasangan tak subur, lelaki ini sanggup derma air mani… kini ada 22 orang anak

Adam singgah di Brisbane dalam trip untuk menderma spermanya.

SEORANG lelaki giat aktif menjalankan 'misi' membantu wanita yang mencuba untuk hamil.

Penderma sperma, Adam Hopper ini membantu pasangan inginkan anak dengan memberikan ‘sampel DIY’ (do it yourself) air maninya.

Terkini, dia mempunyai dua anak sendiri dan telah 'melahirkan' 20 lagi kanak-kanak melalui sampel sperma telah diberikan.

Lelaki berusia 37 tahun itu pergi ke Brisbane, Australia selama 10 hari untuk berjumpa seorang wanita yang telah menggunakan 'perkhidmatan' Adam baru-baru ini.

Tujuannya adalah untuk berjumpa Ingrid Stefaniw, 35, yang membelanjakan $13,000 AUD (sekitar RM57,000) untuk rawatan IVF (in vitro fertilization) sebelum ini namun tidak berjaya.

Untuk rekod, halaman Facebook Adam, Sperm Donation Australia, mempunyai lebih daripada 1,500 ahli.

Ia bertujuan untuk membantu orang ramai boleh memulakan keluarga mereka sendiri. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain