KISAH pakar bius yang dituduh merogol seorang pesakit wanita mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial. Dalam perkembangan terbaharu, polis percaya dia mungkin telah mengambil kesempatan ke atas 30 wanita sepanjang berkhidmat di Hospital Negeri Mãe de Mesquita, Brazil, lapor portal do Holanda. "Masih ada laporan. Kita perlu siasat. Terdapat 30 wanita telah dikenal pasti, kemungkinan mereka menjadi mangsa," kata Lomba.", kata Bárbara Lomba, ketua perwakilan Balai Polis bagi Bantuan Kepada Wanita São João de Meriti, di Baixada Fluminense. Untuk rekod, Giovanni Quintella Bezerr, 32 tahun dituduh merogol seorang wanita yang dibius di hospital di Brazil baru-baru ini. Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut semasa pembedahan caesarean sedang berlangsung. ARTIKEL BERKAITAN: Doktor keji! Tergamak rogol, masukkan kemaluan dalam mulut pesakit ketika pembedahan Bezerr yang baru sahaja menamatkan latihan perubatannya dalam anestesia dua bulan lalu ditangkap di Rio de Janeiro pada 10 Julai. Video perbuatan jijiknya dirakam oleh jururawat-jururawat secara rahsia selepas berasa curiga dengan tingkah lakunya semasa pembedahan sedang dilakukan. Polis berkata, tiga lagi wanita yang dirawat pada hari berbeza telah tampil menyatakan mereka menjadi mangsanya. Bezerra hadir di mahkamah buat pertama kali pada Selasa yang mana hakim menjatuhkan hukuman ditahan sehingga kes itu disiasat. Jika sabit kesalahan, Bezzera berdepan hukuman penjara 8 hingga 15 tahun. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI