suria

Ibu jerut anak berusia 2 tahun dengan plastik, cuba bunuh diri selepas tinggal nota bertulis ‘maaf’

Carol Hodgson mengaku bersalah membunuh anak lelakinya, Daniel pada perbicaraan bulan lalu. Foto: PA

SEORANG ibu dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh anak lelakinya yang berusia dua tahun.

Carol Hodgson, 39, dijatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya 18 tahun dan empat bulan.

Tertuduh mengaku bersalah membunuh Daniel Hodgson Green pada perbicaraan singkat di Mahkamah Teesside Crown pada 13 Jun.

Saksi, Alistair MacDonald QC (ibu Carol) memberitahu mahkamah bahawa suspek sengaja membunuh Daniel dan kemudian cuba membunuh dirinya sendiri, tetapi dihalang apabila menemuinya di dalam bilik tidur.

Menurut bapa suspek, MacDonald, menjumpai nota daripada anak perempuannya yang menyatakan kekesalan atas perbuatan dengan menulis 'sorry' (maaf) dan memberi amaran kepadanya untuk tidak masuk ke bilik tidur.

Katanya lagi, Daniel sudah meninggal dunia setelah paramedik tiba di rumah mereka. Laporan bedah siasat mendapati tiada kecederaan jelas tetapi dikatakan kanak-kanak itu tercekik dan lemas.

Seorang doktor merekodkan punca kematian sebagai 'tidak dapat dipastikan'.

Mahkamah juga mendengar bahawa sejumlah besar DNA milik Daniel telah ditemui daripada beg plastik hoover yang ditemui di atas katil dipercayai digunakan sebagai 'senjata' pembunuh.

Hakim juga menjelaskan bahawa Hodgson pada mulanya menafikan membunuh anaknya dan menegaskan dia hanya berniat untuk membunuh dirinya sendiri. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain