suria

Doktor keji! Tergamak rogol, masukkan kemaluan dalam mulut pesakit ketika pembedahan

Giovanni Quintella Bezerra (kiri) dan tangkap layar daripada video yang dirakam oleh kakitangan hospital.

SEORANG pakar bius dituduh merogol seorang wanita yang dibius di hospital di Brazil baru-baru ini.

Giovanni Quintella Bezerr, 32 tahun dituduh melakukan perbuatan tersebut semasa pembedahan caesarean sedang berlangsung.

Bezerr yang baru sahaja menamatkan latihan perubatannya dalam anestesia dua bulan lalu ditangkap di Rio de Janeiro pada 10 Julai.

Video perbuatan jijiknya dirakam oleh jururawat-jururawat secara rahsia selepas berasa curiga dengan tingkah lakunya semasa pembedahan sedang dilakukan.

Polis berkata, tiga lagi wanita yang dirawat pada hari berbeza telah tampil menyatakan mereka menjadi mangsanya.

Bezerra hadir di mahkamah buat pertama kali pada Selasa yang mana hakim menjatuhkan hukuman ditahan sehingga kes itu disiasat.

Jika sabit kesalahan, Bezzera berdepan hukuman penjara 8 hingga 15 tahun. - International Business Times

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain