SEORANG pengantin perempuan berdepan detik cemas kerana terdesak mendapatkan teksi dan nyaris terlepas untuk ke majlis perkahwinannya sendiri! Bagaimanapun, dia yang terlewat sekitar 45 minit akhirnya mampu menarik nafas lega apabila seorang lelaki yang tidak dikenali sanggup menumpangkannya. Pengantin yang dikenali sebagai Anastasia, dari London, berdiri hampir 45 minit di tepi jalan selepas tiga teksi membatalkan permintaannya untuk ke gereja yang hanya memakan masa 10 minit. Bagaimanapun, Anastasia bernasib baik apabila seorang lelaki, Marksteen Adamson, yang kebetulan melalui jalan tersebut ternampak kelibatnya yang cemas lalu menumpangkannya. "Saya sudah lewat ke gereja, tolong cepat," kata pengantin itu sebagaimana di dalam video. Selain Anastasia, kakaknya Alexandra, dan rakannya, Paul Kuraksin, turut sama menaiki kereta Adamson. Adamson kemudian memuat naik perjalanan itu di TikTok. Videonya berakhir dengan pengantin perempuan itu selamat tiba di lokasi dituju. Video tersebut menerima tontonan lebih 100,000 sejak disiarkan. - Mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI