suria

Gara-gara cuak, wanita guna cecair pencuci mulut untuk ‘bunuh’ lipas dalam telinga... Akhirnya terpaksa ‘serah diri’ ke hospital

Seorang wanita berkongsi pengalaman telinganya dimasuki lipas sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

SEORANG wanita terpaksa bergegas ke hospital selepas usahanya mengeluarkan lipas di dalam telinga dengan menggunakan cecair pencuci mulut, menemui kegagalan.

Wanita yang berasal dari Singapura itu pada mulanya terjaga daripada tidur selepas menyedari terdapat serangga yang cuba memasuki telinganya.

Tanpa sempat berfikir dengan panjang, dia segera berlari ke bilik air dan mencapai cecair pencuci mulut, lantas menuang sedikit ke dalam telinganya, dengan harapan serangga tersebut akan keluar.

Cubaannya ternyata tidak berjaya apabila serangga tersebut berhenti bergerak dan kekal berada di dalam telinga.

Bimbang sesuatu yang lebih buruk berlaku, wanita tersebut akhirnya bergegas ke Hospital Tan Tock Seng.

Dia mengabadikan momen pengalaman pahit itu di TikTok, di mana dua videonya meraih lebih daripada 450,000 jumlah tontonan.

Dalam video pertamanya, dia sempat merakam video ketika dalam perjalanannya ke hospital, dengan para petugas perubatan memeriksa telinga kanannya dengan pelbagai peralatan.

Selepas video pertama itu menjadi tular, dia merakam satu lagi video dan menerangkan kejadian yang menimpa dirinya.

Menurut wanita itu, lipas yang memasuki telinganya berjaya dikeluarkan dalam satu prosedur yang mengambil masa selama 30 minit. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan