suria

Tak sedar sedang hamil, tiba-tiba bersalin! Wanita terkejut nampak kaki bayi terjuntai ketika buang air besar

Bayi sulung Lucy kini sudah berusia empat bulan.

WANITA ini pada mulanya mengalami sakit pada bahagian belakang dan perutnya, namun dia mengabaikannya kerana menyangka ia adalah simptom sebelum kedatangan haid.

Bagaimanapun keesokan paginya, Lucy Jones, 22, sekali lagi mengalami sakit perut dan segera berlari ke tandas.

Ketika sedang membuang air besar, alangkah terkejutnya wanita tersebut apabila terlihat sepasang kaki kecil terjuntai dari farajnya.

Menimang anak buat kali pertama, Lucy berkata dia sama sekali tidak mengetahui dirinya berbadan dua dan sarat hamil ketika itu.

Ujarnya, ini kerana dia tidak mengalami simptom sepanjang kehamilannya, malah konsisten mengambil pil perancang kehamilannya setiap hari, selain didatangi haid.

Pelatih kru kabin itu malah berkata, dia pernah melakukan ujian kehamilan sebanyak dua kali sebelum ini namun keputusannya negatif.

Sewaktu usia kandungannya memasuki lapan bulan, dia malah menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat untuk bertugas sebagai kru kabin.

Bayi perempuan sulungnya, Ruby, kini berusia empat bulan dan sungguhpun 'muncul' secara mengejut, Lucy sangat gembira dengan kehadirannya.

Lucy berkata dia terpanggil untuk berkongsi pengalamannya kerana mahu meningkatkan kesedaran tentang kehamilan kriptik atau kehamilan tanpa sedar. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan