AKTIVITI onani merupakan salah satu larangan yang dikenakan ke atas angkasawan ketika mereka mengikuti misi di angkasa lepas. Perkara itu didedahkan oleh seorang jurutera Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) dikenali sebagai Smythe menerusi podcast Conan O’Brien’s Needs A Friend, baru-baru ini. Ketika siaran, Conan bertanya kepada jurutera itu sekiranya mereka pernah menghantar video lucah ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). "Adakah porno masih berlaku dalam keadaan sifar graviti?" soal Conan kepada jurutera berkenaan. Ujar Smythe, perbuatan onani tidak dibenarkan dalam keadaan sifar graviti kerana wujud kebimbangan mana-mana air mani yang terapung boleh menyebabkan rakan sekerja wanita hamil. "Tiga angkasawan wanita boleh dihamilkan oleh lelaki yang sama pada sesi yang sama," dakwa Smythe. Dalam pada itu, NASA dikatakan sedang mengkaji mengenai aktiviti seks yang boleh dilakukan di angkasa lepas menerusi misi ke bulan dan Marikh pada masa akan datang. Ahli akademik dari Concordia Uni di Montreal, Kanada, berkata penyelidikan sedemikian "penting untuk kejayaan misi angkasa lepas dan membina penempatan luar bumi." - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI