suria

Mayat wanita tanpa baju ditemukan! Polis tahan tiga suspek bantu siasatan

Mayat mangsa ditemukan tanpa baju di belakang taman perumahan.

BAGI melancarkan rancangan pembunuhan, salah seorang suspek telah menawarkan hubungan kelamin bersama mangsa wanita kepada dua lagi rakan jenayahnya.

Menurut pasukan polis, tawaran itu dibuat supaya suspek utama mendapat bantuan, namun semasa kejadian mangsa meninggal dunia terlebih dahulu sebelum menjadi mangsa rogol kedua-dua rakan suspek.

"Mangsa hanya dirogol oleh suspek utama sahaja sebelum dia menjerit dan meronta kerana melihat dua lagi suspek yang tiba di bilik.

"Ekoran itu, dia dicekik sehingga mati oleh suspek utama manakala dua lagi rakannya membantu memegang kaki dan tangan mangsa.

"Mayat mangsa kemudian dibawa menggunakan kereta dan dibuang di Kali Cikeas sebelum ditemukan orang ramai," ujarnya.

Pada 20 Julai lepas, orang ramai menemukan mayat seorang wanita tanpa baju di Kali Cikeas iaitu belakang taman perumahan di Jatikarya, Indonesia. - Kompas.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain