suria

Padah lakukan serangan seksual! Pelarian lelaki didakwa di mahkamah

Pasukan khas dipanggil bagi membantu menyelamatkan kanak-kanak berusia 11 tahun yang menjadi mangsa serangan seksual

PADAH melakukan serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak berusia 11 tahun pada 20 Julai lalu, seorang lelaki ditahan dan didakwa di Mahkamah Majistret Melbourne, Australia

Menurut mahkamah, lelaki berusia 31 tahun itu didakwa menyerang secara rambang di sebuah hartanah di Boundary Road berhampiran Racecourse Road, di Melbourne Utara sebelum jam 2.

Ekoran itu katanya, gadis terbabit dibawa ke Hospital Kanak-Kanak Diraja untuk rawatan sejurus selepas serangan yang didakwa berlaku.

Dia bagaimanapun berada dalam keadaan stabil.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali kena gangguan seksual dalam masa 24 jam, jerit pun tak guna... wanita ini sedar sikap orang sekarang - “Penumpang lain hanya tengok ‘drama’ saja”

Difahamkan, lelaki tersebut adalah seorang pelarian yang mempunyai sejarah psikiatri untuk membunuh diri dan penyalahgunaan objek.

Terdahulu, semasa pertuduhan dibacakan, suspek tidak memohon jaminan dan akan kembali ke mahkamah pada Oktober. - 9News

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain