SEORANG influncer wanita yang terkenal di aplikasi Douyin (TikTok versi China) dibunuh oleh bekas suaminya dengan cara paling sadis. Mangsa dikenali sebagai Lamu dibakar hidup-hidup oleh Tang Lu yang juga merupakan influencer terkenal di aplikasi sama ketika dia sedang melakukan siaran langsung (live) di platform berkenaan. Pasangan itu sudah bercerai pada Jun 2020 setelah 11 tahun berumah tangga. Meskipun sudah berpisah secara rasmi, Lu berulang kali memujuk untuk kembali bersama mangsa namun Lamu tetap menolak permintaan berkenaan. Menurut adik mangsa, sikap bekas suami kakaknya itu yang kasar menjadi salah satu punca keretakan rumah tangga mereka setelah bertahun-tahun hidup bersama. Pada 14 September 2020, Lu pergi ke rumah bapa mertua di mana Lamu berada ketika itu. Dia kemudiannya bertindak menyimbah wanita itu dengan petrol dan membakarnya secara hidup-hidup ketika Lamu sedang bersiaran ‘live’ di Douyin. Wanita berusia 30 tahun ini mengalami kecederaan serius apabila 90 peratus daripada badannya terbakar. Lamu banyak berkongsi tentang gaya hidupnya yang tinggal di kampung Sichuan, China. Mangsa dikejarkan ke hospital dan mendapatkan rawatan sebelum meninggal dunia setelah dua minggu bertarung nyawa. Pihak pengadilan mengatakan bahawa kekejaman yang dilakukan Lu itu sangat tidak ‘berhati perut’ dan layak mendapatkan hukuman yang paling berat. Seperti dipetik daripada BBC, suspek disahkan meninggal dunia pada Sabtu 16 Julai 2022 setelah dijatuhi hukuman mati pada Oktober 2021. Untuk rekod, Lamu memiliki sekitar 75,000 pengikut di aplikasi Douyin. Menerusi platform berkenaan Lamu banyak berkongsi tentang gaya hidupnya yang tinggal di kampung Sichuan, China dan sering mengenakan pakaian tradisional Tibet dalam video-videonya. Kematian Lamu cukup tragis itu mencetus perbincangan di media sosial tentang kekerasan dalam sesebuah rumah tangga. - MIRROR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI