suria

Jet paling laju di dunia sedang dibina, apa kesannya kepada alam sekitar?

Jet itu dikatakan mampu membawa anda dari London ke New York dalam masa tiga jam setengah. Foto: Boom Supersonic.

MASIH ingatkah anda mengenai jet Concorde yang menamatkan operasinya pada tahun 2003?

Kini, pesawat supersonik Overtue dengan empat enjin sedang dibina oleh syarikat penerbangan Boom Supersonic.

Diperkenalkan pada Pertunjukan Udara Farnborough tahun ini, pesawat itu dikatakan mampu membawa anda dari London ke New York dalam masa tiga jam setengah.

Blake Scholl, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Boom Supersonic, berkata: "Dunia penerbangan tidak mengalami lonjakan besar dalam beberapa dekad. Overtue adalah pesawat revolusi dalam reka bentuknya, dan ia secara asasnya akan mengubah cara kita berfikir tentang jarak.

"Dengan lebih daripada 600 laluan di seluruh dunia, Overture akan menjadikan dunia secara dramatik lebih mudah diakses untuk berpuluh-puluh juta penumpang," ujarnya.

Beliau menambah bahawa kelajuan pesawat itu boleh menjadikannya berguna dalam 'senario tekanan tinggi' seperti pemindahan kecemasan atau tindak balas bencana.

Walaupun kelajuan penerbangan itu mengagumkan, mereka masih tidak jelas mengenai impak yang akan berlaku kepada alam sekitar.

Untuk rekod, penggunaan jet peribadi banyak menerima kritikan lewat kebelakangan ini.

Baru-baru ini, selebriti Kylie Jenner dikecam kerana menaiki jet peribadi untuk perjalanan selama 17 minit.

Awal tahun ini, sebuah syarikat China mendedahkan mereka sedang mengusahakan pesawat hipersonik yang boleh membawa anda dari London ke Australia dalam masa sejam. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain