suria

Tak sempat dibebaskan, perogol umur 82 tahun mati dalam penjara kerana positif Covid-19

Sheppard meninggal dunia selepas positif Covid-19 di dalam penjara.

SEORANG perogol kanak-kanak disahkan meninggal dunia dalam penjara kerana positif Covid-19 pada Disember 2020.

Kisah kematian yang berlaku kira-kira dua tahun lalu itu kembali diperkatakan selepas inkues kematiannya dijalankan di Dewan Daerah Exeter, Isnin lalu.

Bekas buruh kasar itu mengalami beberapa masalah kesihatan termasuk penyakit paru-paru, kegagalan jantung dan penyakit buah pinggang kronik.

Masalah kesihatannya diburukkan lagi dengan kegemukan dan tabiat merokok yang tegar.

Derrick Sheppard, 82, pada asalnya dijatuhi hukuman penjara 12 tahun pada 2011.

Setahun selepas hukumannya, hakim Mahkamah Rayuan memutuskan hukuman itu adalah "terlalu ringan" dan ditambah kepada 16 tahun.

Malah, peguam pada waktu itu turut meramalkan bahawa dia akan "mati dalam penjara. "

Dia sebelum ini pernah mencabul empat orang gadis muda dalam siri serangan seks sejak 1970-an.

Sheppard yang berasal dari Upton Pyne, dekat Exeter, didapati bersalah pada 2011 atas tiga tuduhan rogol, dua percubaan merogol dan 12 kesalahan tidak senonoh. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain