HANYA gurauan! Demikian dakwaan lelaki berusia 24 tahun selepas dia dilihat mencampakkan seorang kanak-kanak autisme berusia lapan tahun ke dalam tong sampah. Malah, pemudah tersebut turut memukul abang sulung kanak-kanak tersebut yang baharu berusia 19 tahun. Perbuatan Jordan Scott yang dianggap keterlaluan itu menyebabkan keluarga mangsa ketakutan sehingga mereka berpindah keluar dari Blackburn. Menurut ibu mangsa yang dikenali sebagai Rachel, kejadian yang menimpa kedua-dua anaknya itu amat menyedihkan. "Sekarang kami tinggal di kawasan kejiranan yang baik. Saya rasa kesal kerana kami mempunyai kesemua bukti keganasan yang dilakukan tetapi pesalah tidak dihukum dengan sewajarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Kena ‘piat telinga’ sampai jadi biru! Ibu dakwa anak autisme jadi mangsa dera, cikgu beri alasan tak cukup staf "Dia tidak sepatutnya mencampakkan anak saya ke dalam tong sampah dan budak-budak masih tidak mengerti kenapa dia diperlakukan seperti itu. "Disebabkan itu, anak saya mengalami trauma sehingga kini," ujarnya sedih. - Metro.co Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI