suria

Pernah 'buru' mangsa di media sosial, kini banduan pedofilia cipta akaun TikTok... Raih 33,000 pengikut dalam tempoh singkat!

Miriah Vanlith kembali di media sosial menerusi aplikasi TikTok.

WANITA yang dipenjarakan kerana merogol dua remaja lelaki bawah umur, dilihat mencari rakan menerusi video di aplikasi TikTok.

Miriah Vanlith, 43, menjalani hukuman penjara sehingga 10 tahun di Penjara Idaho Selatan kerana merogol remaja berumur 14 dan 17 tahun pada 2018.

Wanita pedofilia itu seolah-olah tidak serik apabila berani membuat 'penampilan semula' di TikTok pada 8 Julai lalu walaupun sebelum ini dia didapati bersalah kerana menyalahgunakan Snapchat dan Facebook bagi tujuan tidak bermoral.

Terdahulu, dia memuatnaik lapan rakaman video di aplikasi TikTok sehingga berjaya meraih 33,000 pengikut.

Difahamkan, banduan boleh menggunakan sistem dikenali JPay untuk menghantar emel dan video kepada masyarakat luar namun tidak diberi akses untuk media sosial.

Justeru, akaun tersebut berkemungkinan dicipta oleh individu lain.

Akaun tersebut bagaimanapun telah disekat sementara waktu. - Mirro.co

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain