TINDAKAN pantas seorang ‘adiwira’ akhirnya berjaya menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang terjatuh daripada tingkat lima sebuah rumah pangsa. Insiden itu berlaku ketika Shen Dong, 31, sedang meletakkan kereta miliknya di seberang jalan berhampiran beberapa blok rumah di Tongxiang, wilayah Zhejiang di Beijing, China. Menurut Dong, dia mendengar satu bunyi berdentum yang kuat ketika kanak-kanak itu jatuh di atas sebuah bumbung keluli. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Malah, kanak-kanak perempuan itu kemudian berada dalam keadaan terumbang-ambing di tebing tingkat satu lalu tergelincir sekali lagi. Tanpa melengahkan masa Dong mencampak telefon bimbitnya sebelum membuka tangan bagi menyambut si kecil itu sebelum mangsa terhempas jatuh di atas kaki lima konkrit. Rakaman kejadian dikeluarkan polis tempatan di media sosial Weibo menjadi tular hingga meraih lebih 138,000 jumlah tontonan dan 7,700 tanda suka. Kanak-kanak itu dibawa dengan kadar segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang kini berada dalam keadaan stabil. INDIA.COM Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI