suria

Lamaran di safari bertukar tragedi! Wanita terpaksa pakai pendakap leher selepas dirempuh ‘tetamu tak diundang’

Detik lucu ketika Cox dirempuh seekor zirafah sewaktu sedang dilamar kekasihnya.

KEJUTAN lamaran romantis sepasang kekasih di safari bertukar menjadi 'tragedi' gara-gara salah seorang daripada mereka cedera dirempuh seekor zirafah.

Pasangan tersebut sebelum itu menikmati masa mereka melihat pemandangan dan haiwan liar di safari sebelum si jejaka mengeluarkan sebentuk cincin dan melutut untuk melamar kekasihnya.

Namun tidak semena-mena, seekor zirafah muncul di sebelah kenderaan yang dinaiki mereka dan merempuh kepala wanita bernama Montserrat Cox.

Akibat rempuhan tersebut, Cox hampir tersadung ke belakang namun sempat disambut oleh teman lelakinya.

Dia dikhabarkan mengalami kecederaan pada bahagian leher dan terpaksa memakai pendakap leher untuk beberapa hari.

Sungguhpun begitu, Cox menyifatkan lamaran tersebut sebagai detik yang paling indah dalam hidupnya.

Video lamaran penuh epik itu dimuat naik di aplikasi TikTok dan meraih lebih 2.5 juta jumlah tontonan.

Rata-rata netizen terhibur melihat video lucu tersebut. Namun ada segelintir daripadanya berkata ia adalah petanda buruk terhadap hubungan pasangan berkenaan.

Bagaimanapun Cox membalas komen negatif tersebut dengan memberitahu dia dan teman lelakinya sangat bahagia sejak berpacaran tujuh tahun lalu. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain