suria

Hasilkan video TikTok selepas bercerai, wanita ini maut ditembak bekas suami

Khan mati ditembak oleh suaminya selepas mereka bercerai baru-baru ini.

SEORANG wanita berusia 29 tahun dilaporkan dibunuh oleh bekas suaminya selepas berkongsi secara terbuka kisah perceraian mereka di Tiktok.

Menurut laporan polis yang diperoleh oleh Chicago Sun-Times, mangsa iaitu Sania Khan ditembak oleh bekas suaminya Raheel Ahmed, 36, di kediaman baharunya di Chicago, baru-baru ini.

Polis Chicago memberitahu ABC News bahawa mereka menemukan seorang wanita dengan kesan tembakan pada bahagian kepala di lokasi kejadian.

Lelaki itu turut menembak diri sendiri selepas membunuh bekas isterinya.

Wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala lelaki itu dibawa ke Hospital Barat Laut yang mana dia kemudiannya turut disahkan meninggal dunia.

Pejabat Koroner Daerah Cook mengesahkan identiti mereka dan berkata bahawa kematian Khan dianggap sebagai pembunuhan, manakala kematian Ahmed adalah bunuh diri.

Khan, yang berasal dari Chattanooga, Tennessee, telah menggunakan TikTok sebagai saluran untuk membincangkan perjuangannya dengan kehidupan berumah tangga dan bagaimana perceraian telah membantunya mencari kekuatan dalam memulakan kehidupan baharu.

Menurut video di laman TikTok milik jurugambar Pakistan-Amerika itu, perkahwinannya dengan Ahmed bertahan kurang setahun sebelum dia memfailkan perceraian. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain