suria

Mak nyah masuk penjara wanita, tiba-tiba dua banduan hamil... Apa sebenarnya berlaku?

Demi telah dipindahkan dari penjara wanita di New Jersey's. FOTO: Justice4Demi.org

DUA wanita sedang menjalani hukuman di penjara dikatakan hamil gara-gara seorang banduan transgender.

Kejadian itu disahkan oleh pihak berkuasa di Pusat Koreksional Edna Mahan di New Jersey, Amerika Syarikat (AS).

Demi Minor, 27, telah dipindahkan dari satu-satunya penjara wanita New Jersey, di mana terdapat 27 banduan transgender daripada 800 banduan.

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada kejadian disebabkan oleh banduan transgender yang sama atau berlainan.

Menurut pengarah eksekutif hal ehwal luar bagi Jabatan Koreksional, Dan Sperrazza berkata, banduan yang hamil mengadakan hubungan intim dengan penghuni transgender.

Kisahnya yang tular tahun lalu diselesaikan dengan Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika New Jersey untuk menempatkan banduan transgender mengikut identiti jantina asal mereka, bukannya jantina mereka yang dipilih setelah lahir.

Tahun lalu, New Jersey menggubal dasar untuk membenarkan banduan ditempatkan mengikut identiti jantina pilihan mereka tanpa perlu menjalani pembedahan penukaran jantina.

Dasar itu merupakan sebahagian daripada penyelesaian kepada saman sivil yang difailkan oleh seorang transgender selepas terpaksa menghuni penjara lelaki selama 18 bulan. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain