suria

Sanggup ‘terbang’ jauh ke Turki jalani rawatan, lelaki kecewa hasil tak seperti diimpikan.... dakwa gigi baru seperti keldai

Bee Roche menyamakan gigi baharunya seperti keldai.

DEMI mendapatkan senyuman yang menawan, seorang pemuda dari Britain sanggup 'terbang' ke Turki bagi menjalani prosedur untuk mencantikkan gigi.

Bagaimanapun, impiannya 'musnah' apabila rawatan yang dijalani untuk mendapatkan set gigi baharu membuatkannya kelihatan seperti seekor keldai.

Bee Roche, berkongsi pengalamannya mendapatkan rawatan gigi menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya, @beeman920.

Pada hari pertama, lelaki itu mendakwa prosedur rawatan mengambil masa selama lebih 15 jam, di mana antaranya dia perlu melalui lapan rawatan akar gigi (root canal).

Pengalaman pahit itu tidak berhenti di situ sahaja. Warga Britain itu terpaksa kembali ke klinik pada keesokan harinya untuk mencabut lapan batang gigi.

Kemudian, dia juga menjalani beberapa prosedur seperti implan bagi lapan batang gigi, sinus, sembilan batang gigi dicabut dan 100 jahitan.

Perkongsian tersebut membuatkan pengikutnya tertanya-tanya mengapa dia sanggup mengembara begitu jauh demi mendapatkan rawatan gigi. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain