suria

Guru berjalan atas kerusi elak baju basah, pelajar pula disuruh berendam dalam banjir... Akhirnya digantung tugas

Guru berkenaan memijak kerusi plastik yang disusun oleh pelajar untuk mengelak daripada terkena air banjir.

SEORANG guru wanita digantung tugas selepas video memaparkan dirinya sedang berjalan di atas kerusi yang disusun oleh pelajar ketika banjir, menjadi tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, kelihatan sederet kerusi plastik disusun dari hadapan pintu masuk sehingga hadapan bangunan sekolah, kerana kawasan tersebut ditenggelami banjir sehingga paras betis.

Beberapa orang pelajar lelaki juga dilihat berdiri di dalam kawasan ditenggelami air untuk memegang kerusi plastik agar tidak bergoyang ketika dipijak oleh guru wanita berkenaan.

Sebaik tiba di kawasan yang tidak ditenggelami air, guru tersebut turun dari kerusi dan berjalan seperti biasa.

Dilaporkan kejadian itu berlaku di daerah Mathura, India.

Sebahagian kawasan perkarangan sekolah tersebut ditenggelami air berikutan hujan lebat pada Rabu. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain