suria

Pemuda tertekan susah dapat kerja kerana wajah seperti kanak-kanak

Pemuda ini sukar mendapat pekerjaan walaupun mendedahkan umur sebenarnya.

SEORANG pemuda berusia 27 tahun menjadi viral selepas meluahkan rasa kecewa mengenai kesukarang mendapat pekerjaan kerana berwajah seperti kanak-kanak.

Berasal dari wilayah Guangdong, China, video pemuda bernama Mao Sheng tersebar pantas melalui media sosial.

Dalam video tersebut, Mao Sheng meluahkan rasa kecewa di mana penampilan fizikalnya menjadi masalah serius dalam hidupnya.

Dia mendakwa rata-rata majikan tidak percaya apabila dia mendedahkan umur sebenarnya, malah mereka bimbang dikenakan tindakan daripada pihak berkuasa kerana mengambil kanak-kanak bekerja.

Dalam nada sedih, Moa Sheng berkata situasi tersebut menyebabkan dia tidak mampu membantu bapanya mencari sumber pendapatan.

Susulan tersebarnya video tersebut, warga maya mengecam bakal majikan kerana tidak menawarkan peluang pekerjaan kepada Mao Sheng.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, pemuda itu kini dilaporkan bakal mendapat pekerjaan kerana terdapat majikan yang berminat. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain