UNIK dan lain daripada yang lain! Itulah konsep yang diketengahkan oleh sebuah kafe yang mana ia menawarkan kepada pelanggannya suasana makan di dalam kawasan perkuburan. Menerusi klip video yang dimuat naik di akaun TikTok @anakpelosokkalimantan, kelihatan suasana dalaman kafe tersebut yang dipenuhi kubur berwarna hijau, dan diselangi dengan susunan meja untuk pelanggan. Kotak kubur tersebut dipasang pagar berwarna putih di sekelilingnya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Kelihatan juga sebatang dahan pokok yang besar di bahagian tengah restoran dan menembusi siling premis. Dalam video tersebut yang dipercayai dirakam pada waktu siang, premis berkenaan meriah dengan para pengunjung yang asyik menikmati makanan tanpa menghiraukan kubur-kubur di dalam kafe itu. "Makan di kafe kubur ala Prindavan," demikian kapsyen yang ditulis pada perkongsian itu. Difahamkan, kafe tersebut yang terletak di sebuah lokasi bernama Prindavan, India menjadi tular kerana keunikannya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI