MAYAT seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang didakwa berkelip memandang pelancong diberi gelaran sebagai "mumia paling cantik di dunia". Rosalia Lombardo meninggal dunia akibat radang paru-paru seminggu selepas hari lahirnya yang kedua pada 2 Disember 1920 dan mayatnya telah dipelihara dan dipamerkan di Capuchin Catacombs of Palermo di utara Sicily. Kini, lebih 100 tahun kemudian, mayat anak muda itu terpelihara dengan baik sehingga beribu-ribu pelancong berpusu-pusu untuk melihatnya setiap tahun. Mayat kanak-kanak itu dipelihara dan dipamerkan di Capuchin Catacombs of Palermo di utara Sicily. Lebih misteri, beberapa pelancong mendakwa mata kanak-kanak dalam keranda kaca itu berkelip ke arah mereka. Para saintis juga dipanggil untuk mencuba dan menjelaskan misteri yang menyelubungi mumia kanak-kanak itu. Untuk rekod, Capuchin Catacombs of Palermo menempatkan lebih 8,000 mayat, termasuk 163 kanak-kanak, dan merupakan koleksi mumia terbesar di Eropah. ARTIKEL BERKAITAN: Hidup semula selepas disahkan meninggal dunia, pesakit bongkar apa yang dilalui ketika mati Walaupun kebanyakan mayat telah menjadi rangka, mayat sesetengah kanak-kanak terpelihara dengan baik sehingga digambarkan seolah-olah mereka sedang tidur. Adalah dipercayai bahawa tubuh mumia Rosalia kelihatan seperti bernyawa kerana cara tubuhnya dibalut oleh bapanya Alfredo Salafia, yang menggunakan produk seperti zink, asid dan alkohol untuk memelihara kulit. Rambut perang Rosalia dan kulit pucat masih kelihatan dan ujian serta analisis yang ketat telah mendedahkan bahawa organnya masih utuh dan otaknya hanya mengecil kepada 50 peratus daripada saiz asalnya. Imbasan X-ray turut menunjukkan bahagian lengan dan kakinya kekal utuh. Mengetuai projek itu ialah Dr Kirsty Squires dari Universiti Staffordshire, yang memberitahu Guardian: "Kami pergi pada bulan Januari untuk melaksanakan kerja lapangan kami. “Kami mengambil unit X-ray mudah alih dan mengambil ratusan imej kanak-kanak dari sudut berbeza. Menurut sejarah, bapa Rosalia yang kaya memilih untuk mengawet mayat anaknya di tapak tersebut kerana dia tidak sanggup menghadapi kematian menyedihkan itu. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI