suria

Pelajar buat photoshoot bogel selepas terima ijazah, mahu rai kejayaan dengan cara unik

Pelajar itu dikecam kerana berkongsi gambar bogel menerusi Instagram.

TINDAKAN seorang pelajar yang meraikan hari tamat pengajian dengan sesi photoshoot bogel mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Terica Williams berdepan kritikan bertubi-tubi sejak dia berkongsi gambar seksi di sebelah patung ular tedung di kampus Florida A&M University di Tallahassee, Amerika Syarikat (AS).

Lepasan bidang pendidikan kaunselor itu menulis kapsyen pada fotonya di Instagram: "Sesiapa yang mengenali saya tahu bahawa saya telah berpakaian provokatif sepanjang hidup saya. Terdapat banyak andaian yang datang dengan saya menerima tubuh saya.

“Ramai orang mempersoalkan keupayaan dan kecerdasan saya semata-mata berdasarkan cara saya memilih untuk berpakaian.

"Memandangkan saya berdiri di sini dengan Ijazah Sarjana saya pada usia muda 24 tahun, saya adalah bukti hidup bahawa pakaian tidak menentukan anda.

“Saya menggalakkan semua orang untuk memeluk tubuh mereka dan melangkah keluar daripada norma sosial," tulisnya.

Posting itu meraih hampir 50,000 tanda suka tetapi tidak semua orang kagum dengan pilihan foto wanita itu.

Malah, ramai yang turut menulis komen kecaman dan mempersoalkan motif sebenar wanita itu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain