suria

Gambaran jelik, hodoh pada buku matematik sekolah! Pelaku disiasat, tindakan tegas bakal diambil

Gambar buku dikatakan tidak mempunyai nilai estetik dan mencerminkan masyarakat Cina

KERAJAAN China telah mengambil tindakan tegas ke atas individu yang terlibat dalam penerbitan buku kanak-kanak yang memaparkan wajah 'hodoh'.

Malah, gambaran tersebut dianggap sebagai tidak mempunyai nilai estetika selain sesetengah watak digambarkan dengan rupa yang hodoh dan dianggap mengganggu emosi serta tidak mencerminkan imej kanak-kanak Cina.

Ekoran itu, Kementerian Pendidikan China tidak menyukai buku 'Pendidikan Rakyat', yang digunakan untuk matematik sekolah rendah.

Menterinya berkata, susulan penerbitan itu, 27 individu yang didapati cuai dalam tugas mereka akan disiasat.

Menurut laporan Bloomberg, buku-buku itu mencetuskan bantahan di media sosial China awal tahun ini berhubung lukisan pelajar bermata kecil yang sesetengahnya digelar rasis serta gambaran jelas alat kelamin lelaki.

Selain itu, gambaran kanak-kanak memakai pakaian berbintang serta belang dilihat sebagai pro- Amerika. - 9News

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain