suria

Kanak-kanak maut terkena peluru sesat

Pasukan forensik meneliti kawasan kejadian.

TRAGIS!

Seorang kanak--kanak perempuan berusia sembilan tahun maut akibat terkena tembakan rambang di rumahnya di Knotty Ash, Liverpool ketika sedang bersembunyi di belakang ibunya.

Dalam kejadian tersebut, Olivia Pratt-Korbel dipercayai terkena peluru yang dilepaskan seorang pembunuh upahan yang mengejar saingannya di sekitar perumahan tersebut.

Difahamkan, pada masa kejadian mangsa sedang bersiap untuk tidur apabila ibunya, Cheryl Korbel mendengar tembakan dan membuka pintu depan rumah.

Menurut jiran mangsa, mereka mendengar sekurang-kurangnya empat das tembakan yang dilepaskan dalam kejadian.

Olivia dipercayai terkena di dada, Cheryl di tangan manakala dua lagi tembakan yang dilepaskan terkena pada badan lelaki berusia 35 tahun yang menjadi sasaran suspek.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Kanak-kanak Alder Hey oleh polis tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain