suria

Pemandu kritikal, Range Rover baru dibeli terjunam di landasan kereta api

Zamarod terselamat dalam kemalangan ngeri manakala pemandu, Rida (gambar kecil kanan) cedera parah.

KELUARGA seorang wanita yang terselamat dari nahas ngeri membabitkan kenderaan jenis Range Rover mengucapkan rasa syukur kerana mangsa berusia 26 tahun itu masih hidup.

Kejadian pada Isnin itu, dipercayai berlaku apabila kenderaan yang dipandu pemuda kelahiran Iraq, Rida Al Mousawi, 24, terbabas ke laluan pejalan kaki sebelum terjunam di landasan kereta api di stesen Bawah Tanah Park Royal di barat laut London.

Difahamkan, hanya Zamarod Arif yang merupakan penumpang kereta tersebut terselamat dalam nahas berkenaan kerana memakai tali pinggang keledar manakala seorang lagi mangsa iaitu ibu berusia 33 tahun meninggal dunia akibat tercampak keluar dari kenderaan.

Pemandunya yang juga pengurus kedai barang kemas Hiba Jewellery di Edgware Road London pula masih dalam keadaan kritikal di hospital selepas kereta pacuan 4x4 bernilai £120,000 (RM638,229.20) yang baru dibeli itu terlibat dalam kemalangan dan terbakar.

Gambaran nahas yang berlaku.

Gambaran nahas yang berlaku.

Menurut sumber MailOnline, Rida baru sahaja membeli Range Rover yang mana kereta itu adalah versi paling istimewa, SVR.

"Dia seorang lelaki yang hebat dan kita semua mengenalinya kerana dia mempunyai kehidupan sosial yang aktif. Dia masih bujang," ujarnya.

Rakaman dashcam menunjukkan kereta 4x4 merempuh penghadang pada A40 jam 3.48 pagi dan ke dalam pengedar Tesla, menyebabkan kerosakan bernilai ribuan paun.

Turut cedera adalah seorang lelaki berusia 57 tahun yang dipercayai sedang mengecas keretanya di bahagian tengah semasa Range Rover merempuhnya.

Dia bagaimanapun mengalami kecederaan ringan. - Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain