SEORANG pelancong berusia 55 tahun menimpa nasib malang apabila telinganya digigit oleh seorang pekerja seks yang mabuk. Dalam kejadian di Pattaya, Thailand, suspek, Kannika Kamton yang mabuk teruk akibat pengambilan alkohol, dikatakan mendekati mangsa selepas menaiki bas. Pekerja seks tersebut didakwa secara tiba-tiba menggigit cuping telinga lelaki itu sebelum menelannya. Insiden pada Sabtu malam itu turut disaksikan oleh penumpang lain di dalam bas. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri gigit zakar suami selepas syak curang Kamton cuba melarikan diri, dia bagaimanapun kemudian ditahan dan dibawa ke balai polis. Mangsa mengalami pendarahan teruk sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan. Leftenan Kolonel Polis Saijai Kamchula berkata: "Wanita yang ditahan akan didakwa. Terdapat ramai saksi dan mangsa mahu wanita itu ditahan dan didakwa." Setakat ini, motif Kamton melakukan serangan itu tidak dijelaskan. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI