suria

Akibat terlebih makan ubat, lelaki derita sakit gigi mati dalam bilik air

Lelaki dijumpai mati dalam bilik air selepas 30 minit panggilan tak disahut.

SEORANG lelaki meninggal dalam keadaan mulut berbuih dipercayai akibat daripada pengambilan dos ubat secara berlebihan.

Mayat lelaki berusia 29 tahun ini ditemui oleh keluarga di dalam bilik air rumahnya yang terletak di Sulawesi Selatan, Indonesia setelah mengalami sakit gigi selama tiga hari.

Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa iaitu Sunarti, pada awalnya mangsa telah pergi ke bilik air tetapi mangsa tidak keluar selepas 30 minit kemudian.

Apabila mangsa dipanggil, tiada sebarang sahutan olehnya lalu mereka mengambil keputusan untuk memecahkan pintu bilik air berkenaan.

Sejurus selepas dipecahkan, mereka terkejut apabila melihat mangsa sudah kelihatan terbaring di atas lantai.

Menurut Ketua Polis Bontomarannu, Hafit Yudin berkata, anggota polis yang tiba di lokasi kejadian kemudian membawa mayat mangsa untuk dibedah siasat.

Malah, mereka turut merampas beberapa ubat dalam bentuk tablet dan serbuk untuk dianalisis.

Menurut sumber, ahli keluarga mangsa bersepakat enggan menjalankan bedah siasat terhadap mayat mangsa. - KOMPAS

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain