BEKAS banduan baru lima hari dibebaskan sekali lagi dijatuhi hukuman penjara gara-gara didapati bersalah merogol seorang ibu dan anaknya. Suspek yang dikenali sebagai Joshua Carney dipercayai berada di bawah pengaruh dadah ketika menceroboh rumah mangsa di Cardiff, Wales dengan menggugut menggunakan senjata sebilah pisau. Sebelum melakukan serangan seksual pertama terhadap si ibu, suspek bertindak memukul kepala wanita terbabit. Mangsa kedua yang merupakan gadis berusia 14 tahun ini mengambil peluang dengan lari ke bilik dan dikatakan sempat mengunci dirinya di dalam kamar dan kemudiannya menghubungi pihak polis. Carney kemudian menggugut untuk membunuh kedua-dua mangsa jika mereka tidak memberikan kerjasama menyebabkan si ibu menyuruh kanak-kanak ini membuka pintunya. Selepas pintu terbuka, kanak-kanak itu melihat suspek dalam keadaan berbogel. Lebih kejam apabila suspek kemudian memaksa kedua-dua mangsa menyaksikan dia memperkosa mereka secara bergilir-gilir di dalam bilik tidur rumah terbabit. Ketika merogolnya, lelaki itu berkata kepada ibunya ‘Perhatikan saya, lihat apa yang saya lakukan kepadanya’. Susulan daripada itu, suspek telah ditahan dan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. - DAILY STAR Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI