SEORANG wanita mendakwa dia dilarang oleh kakak iparnya daripada menghadiri majilis resepsi perkahwinannya. Larangan itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati selepasa wanita berkenaan dikatakan merosakkan majlis pertunangan bakal pengantin perempuan tersebut sebelum ini. Seperti yang kita ketahui, tetamu sesebuah majlis seperti pertunangan atau perkahwinan perlu menghormati tuan rumah dengan tidak mencuri tumpuan di majlis orang lain. Namun difahamkan perkara tersebut berlaku di majlis pertunangan abang dan kakak ipar wanita ini. Bercerita mengenai apa yang terjadi, wanita ini berkata pada mulanya dia mahu merahsiakan mengenai berita kehamilan anak sulungnya, dan merancang untuk mengumumkan hal itu seminggu selepas majlis pertunangan tersebut. Dalam catatan di Reddit, dia menulis: “Saya hamil empat bulan. Saya dan suami sangat teruja dan kami tidak sabar untuk menjadi ibu bapa. Kami memutuskan untuk tidak memberitahu orang ramai sehingga seminggu selepas majlis tersebut.” Bagaimanapun, rancangannya tidak berjalan seperti yang diharapkan apabila dia terpaksa menolak ketika beberapa kali dipelawa segelas minuman keras (wain), menyebabkan keluarganya berasa curiga. “Di majlis pertunangan, saya sedang minum air dan bercakap dengan mentua apabila kakak ipar, Taylor menawarkan segelas wain. “Saya memberitahunya bahawa saya tidak mahu minum (wain). Dia terus pelawa dan saya terpaksa menolak,” katanya. Jelas wanita ini lagi, tindakan tersebut menyebabkan kakak iparnya bertanya sama ada dia sedang hamil dalam nada berbaur gurauan, dan dia cuba mengelak daripada menjawab soalan tersebut. “Saya mengelak dan cuba beri alasan sehingga dia bertanya sama ada saya hamil sambil bergurau. Saya dengan gementar tersenyum dan cuba berlalu pergi. “Dia kemudian menjerit mengatakan saya merosakkan majlis pertunangannya dengan memberitahu bahawa saya hamil. Sekarang saya dan suami saya tidak dijemput ke majlis perkahwinannya,” katanya lagi. Dalam ruangan komen, rata-rata netizen menyebelahi wanita tersebut dan meluahkan rasa simpati kepadanya sambil menyifatkan tindakan bakal pengantin perempuan berkenaan agak keterlaluan. -MIRROR.CO Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI