suria

Amerika rekod kematian pertama akibat cacar monyet

Kesan jangkitan virus cacar monyet pada pesakit.

AMERIKA Syarikat telah merekodkan kematian pertama melibatkan seorang individu yang didiagnosis dengan cacar monyet di Texas.

Menurut pegawai kesihatan, mangsa dikatakan mengalami gangguan imun yang teruk kerana turut mempunyai sejarah penyakit lain, sebelum meninggal dunia pada Ahad.

Berdasarkan rekod, sekurang-kurangnya 15 kematian cacar monyet telah direkodkan di seluruh dunia termasuk dua di Sepanyol dan satu di Brazil.

Amerika kini mempunyai wabak virus terbesar di dunia, dengan lebih 18,101 kes didiagnosis setakat ini termasuk lebih sembilan daripada sepuluh dalam kalangan lelaki gay atau biseksual.

Virus yang berasal dari Afrika Barat telah merebak ke lebih 40 negara setakat ini, dengan hampir 50,000 kes disahkan.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Terdahulu, Texas berkata, bedah siasat sedang dijalankan untuk mengesahkan punca kematian dan eputusan dijangka dalam beberapa minggu akan datang.

Pegawai kesihatan di negeri itu mendedahkan pada Isnin bahawa seorang pesakit telah meninggal dunia dengan disyaki jangkitan cacar monyet. - Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain