suria

Kecoh ‘drama’ dalam kokpit, kru kabin cuba jadi hero damaikan 2 juruterbang bergaduh

Dua juruterbang dilaporkan bergaduh di dalam kokpit. -gambar hiasan / Getty

DUA juruterbang digantung tugas selepas kedua-duanya terlibat dengan pergaduhan di dalam kokpit pesawat.

Kakitangan Air France itu dilaporkan bergaduh selepas seorang daripada mereka enggan mengikut arahan ketika penerbangan antara Geneva, Switzerland ke Paris, Perancis.

Sejurus selepas pesawat berlepas, kedua-dua mereka berselisih faham yang menyebabkan salah seorang juruterbang menampar muka seorang lagi.

Dilaporkan, juruterbang kemudian menarik kolar baju antara satu sama lain, sebelum ia bertambah buruk apabila salah seorang daripada mereka secara mengejut melemparkan beg bimbit.

Memetik laporan La Tribune, kru kabin yang mendengar kekecohan yang berlaku di dalam kokpit kemudian masuk untuk meleraikan pergaduhan.

Bercakap mengenai perkara itu, jurucakap Air France menyifatkan tingkah laku tersebut sebagai tidak wajar sama sekali.

Jurucakap syarikat penerbangan itu mengesahkan terdapat 'pertikaian' tetapi berkata, ia berakhir dengan cepat dan tidak menjejaskan kelakuan atau keselamatan penerbangan.

Menurutnya, penerbangan diteruskan seperti biasa. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain