suria

Misteri rumah terbiar milik juruterbang... Peluru senapang, ubat perangsang seks ditemui

Salah satu rumah terbiar yang dikunjungi Daniel. foto Jam Press Vid/BeardedReality

SEORANG penjelajah bandar menemui rumah terbiar milik seorang juruterbang Tentara Udara Diraja (RAF), dan menemui bahan lucah, ubat perangsang seks dan peluru senapang.

Daniel Sims, 32, dari Huddersfield, England meneroka hartanah yang terbiar di sebuah ladang berhampiran Chester.

Dia melakukan tinjauan tersebut bersama rakan Mickey dan Shaun, pada awal bulan ini.

Keputusan itu dibuatnya selepas meneliti secara dalam talian mengenai kemungkinan tempat terbengkalai dan semasa melayari peta Google terhadap hartanah terbiar.

Daniel percaya ladang itu telah diduduki oleh juruterbang RAF, tetapi tidak diketahui berapa lama ia ditinggalkan.

Dalam rakaman untuk saluran YouTubenya, BeardedReality, Daniel, Mickey dan Shaun masuk ke dapur melalui pintu belakang yang terbuka, menemui pelbagai tin makanan serta beberapa barangan yang lebih mengejutkan.

Menjengah ke ruang tamu, mereka menemui peti TV lama dan gambar, serta pelbagai dokumen RAF.

Salah satu rumah terbiar yang dikunjungi Daniel. foto Jam Press Vid/BeardedReality

Antara penemuan Daniel dan rakan-rakan di sebuah rumah terbiar. foto Jam Press Vid/BeardedReality

Di bilik lain mereka menemui radio lama, lebih banyak gambar dan kad hari jadi.

Di bilik tidur, mereka menemui sepasang gigi palsu dan lebih banyak timbunan bahan lucah.

Manakala di bilik tidur lain, mereka menjumpai peluru senapang patah.

"Rumah ini mempunyai segala-galanya yang ditinggalkan dalam hidupnya, kami menemui perkara yang berkaitan dengan masanya di RAF," kata Daniel kepada NeedToKnow.online.

"Kami menjumpai Viagra dan banyak majalah lucah serta kondom.

"Kami juga menemui peluru senapang patah dalam beg pakaian di atas katilnya," tambahnya.

Rumah terbiar itu kekal misteri, namun kelihatan pernah digeledah sebelum ini. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain