SEORANG pelajar kolej berusia 20 tahun yang menjejak jet peribadi Elon Musk berkata dia hanya akan menghentikan perbuatannya jika Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kereta elektrik jenama Tesla itu bersetuju untuk membawanya bersama dalam salah satu perjalanannya. Musk sebelum ini menghubungi Sweeney dan memintanya berhenti menjejaki pergerakan penerbangannya atas kebimbangan privasi. Pada Februari tahun ini Musk menawarkan sebanyak AS$5,000 (RM22,440) kepada Sweeney, namun dia menolak tawaran itu malah menuntut untuk dibayar AS$50,000 (RM224,400) atau dibenarkan melakukan latihan praktikal di syarikat jutawan ini. "Jika dia membenarkan saya terbang bersama dalam jetnya, membuat rakaman dan berbincang mengenainya - dia mungkin juga tidak perlu membayar saya AS$50,000 (yang diminta sebelum ini). Saya akan memadamnya," kata Sweeney melalui satu tweet. "Perkara itu masih terbuka untuk perbincangan,” katanya lagi. Baru-baru ini, Musk menaiki penerbangan selama sembilan minit dari San Jose ke San Francisco dengan jet peribadinya yang mana dia seolah-olah diganggu. Sejurus selepas itu Sweeney membuat tawaran itu kepada Musk. Perjalanan itu dijejaki dan dilaporkan oleh @ElonJet, sebuah akaun Twitter yang dikendalikan oleh Sweeney. Bukan sahaja Musk, Sweeney, pelajar Universiti of Central Florida di Orlando itu terkenal kerana menjejak penerbangan beberapa selebriti termasuk Tom Cruise, Bill Gates dan beberapa ahli keluarga Kardashian. Sebelum ini, dia dilihat menjejaki penerbangan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Nancy Pelosi. Dia mempunyai sehingga 30 akaun bot yang menjejaki penerbangan mereka. Musk mula-mula menghubungi Sweeney pada November 2021 dan memintanya berhenti menjejaki pergerakan penerbangan atas kebimbangan privasi. - MINT Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI