suria

Tragis! Tiga maut dirempuh lori ketika sedang BBQ

Keadaan di lokasi rempuhan yang mengakibatkan tiga maut.

SEKURANG-KURANGNYA tiga orang maut dan beberapa lagi cedera selepas sebuah lori merempuh tempat BBQ di kawasan kejiranan.

Kejadian tragis itu berlaku di bandar Nieuw Beijerland di Belanda petang tadi sekitar jam 7 malam.

Sebilangan orang telah dibawa ke hospital dengan kecederaan selepas pemandu itu memecut ke hadapan orang ramai di pesta tahunan itu.

Beberapa ambulans dan helikopter dikerahkan ke tempat kejadian untuk memindahkan mereka yang cedera ke hospital.

Polis bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar mangsa dan menyatakan siasatan terperinci sedang dijalankan.

"Kejadian ini melibatkan ramai petugas kecemasan. Sebilangan mangsa telah dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan akibat rempuhan lori yang dilihat memecut laju ke arah orang ramai di lokasi kejadian.

"Beberapa ambulans dan helikopter dikerahkan ke tempat kejadian untuk memindahkan mereka yang cedera ke hospital," ujarnya.

Tambahnya, pada masa ini, pihaknya masih belum jelas motif kejadian. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

kemalangan ngeri, dirempuh lori,

Artikel Lain