suria

Lelaki kelar leher sendiri ketika FB live

Seorang lelaki dilihat dibawa masuk ke sebuah ambulans.

SEORANG lelaki dilaporkan mengelar lehernya sendiri di sebuah tempat letak kereta, pada Jumaat.

Kejadian itu berlaku di kawasan parkir di Liverpool, United Kingdom, berdekatan dengan balai polis Kirkby.

Insiden tersebut turut dirakam ketika lelaki berkenaan bersiaran langsung di Facebook (FB live).

Menurut laporan Liverpool Echo, seorang DJ yang tidak berkaitan dengan kejadian itu tiba di tempat kerjanya di sebuah pub dan memberitau, polis kelihatan berlegar di kawasan sekitar.

Polis dikatakan menutup kawasan itu dan sebuah kereta yang dletakkan di St Chad’s Drive telah dibawa keluar.

Polis Merseyside dalam satu kenyataan berkta: "Kita mengesahkan anggota berada di St Chad's Drive berikutan insiden di Liverpool pada Jumaat, dan seorang lelaki ditahan.

"Lelaki itu dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan parah di bahagian leher dan dia masih dalam keadaan stabil.

"Lelaki berusia 55 tahun dari Kirkby itu kemudian ditahan kerana disyaki menyantuni seorang kanak-kanak bawah 14 tahun dan memiliki pisau.

"Siasatan sedang dijalankan dan pegawai meneruskan siasatan dengan menyoal siasat saksi dan meneliti rakaman CCTV," menurut kenyataan itu. - DailyStar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

kelar leher, FB live, cedera parah,

Artikel Lain