suria

Berhujah hina Nabi di khalayak, ahli politik cetus kemarahan masyarakat

Lebih banyak kes dilaporkan terhadap pemimpin BJP Raja Singh yang digantung tugas di beberapa balai polis termasuk Nampally, Malakpet, Mangalhat, Jeedimetla, Vanasthalipuram dan Dabeerpura.

SEORANG pemimpin parti poliktik BJP (Parti Bharatiya Janata), Raja Singh, kini digantung tugas gara-gara membuat kenyataan menentang Islam dan Nabi dalam sebuah video tular baru-baru ini.

Tertuduh yang mencetuskan ketegangan sehingga menyebabkan kemarahan umat Islam dalam bantahan dibuat secara besar-besaran di Hyberabad, New Delhi, India, ini ditangkap oleh pihak polis pada Selasa.

Singh kini telah didakwa di bawah Akta Tahanan Pencegahan setelah menerima hujah peguamnya bahawa polis tidak mengeluarkan notis di bawah CrPC 41(A) kepada tertuduh sebelum penahanan.

Sementara itu, dalam video baharu yang kini telah muncul, Singh menyerang menteri Telangana KT Rama Rao dan ketua Majlis-e-Ittehadul Muslimeen (AIMIM), Asaduddin Owaisi kerana didakwa mencemarkan suasana Telangana.

Ahli politik itu pernah membuat komen provokatif tentang umat Islam dan Islam sebelum ini.

Untuk makluman, negeri tersebut diperintah oleh Telangana Rashtra Samithi (TRS), sebuah parti politik negeri.

Demikian kejadian provokasi dibuat, Presiden(AIMIM) Seluruh India, Owaisi berkata, terdapat cubaan yang disengajakan oleh BJP dan anggota dewan tempatan untuk menimbulkan masalah.

Ciapan bebenang ditulis oleh Owaisi.

Dia juga menyasarkan pelawak Munawar Faruqui dan mendakwa bahawa KT Rama Rao membenarkannya "membuat jenaka tentang tuhan-tuhan kita".

Dalam satu tweet, Owaisi berkata polis telah menangkap 90 orang dari kawasan Shah Ali Banda pada hari Rabu dan atas representasinya mereka dibebaskan.

“Keadaan ini adalah akibat langsung daripada ucapan kebencian Raja Singh.

“Dia mesti dihantar ke penjara segera. Saya juga mengulangi rayuan untuk mengekalkan keamanan.

“Hyderabad adalah ‘rumah’ kami, ia tidak sepatutnya menjadi mangsa perkauman,” tweet Owaisi.

Dalam pada itu, dia berkata, bantahan akan berterusan sehingga ahli politik BJP itu dipenjarakan. - NEWS18

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain